Dapur adalah bahagian rumah yang
paling sukar untuk dikekalkan kekemasannya bukan. Tambahan pula jika
tuan empunya dapur memang banyak menghabiskan masa untuk memasak di
sini. Memahami situasi ini, sambil menggoggle blog yang berkaitan dengan susun atur dan mengemas rumah saya terjumpa pula 10 idea susun atur dapur
anda supaya kelihatan lebih teratur. so saya kongsikan untuk semua.
Selain sedap mata memandang, keadaan dapur yang kemas akan memudahkan anda mencari barangan dan perkakas ketika sedang memasak.
Selain sedap mata memandang, keadaan dapur yang kemas akan memudahkan anda mencari barangan dan perkakas ketika sedang memasak.
1. Sangkut bekas kecil dan pasang hook dalam ruangan dalam pintu kabinet.
Ruangan ini tidak harus dibazirkan bukan. Bolehlah anda meletakkan
barangan dapur yang kecil-kecil dalam bekas tersebut dan menggantungkan
peralatan yang sesuai di hook yang dipasang ( pastikan hook tersebut
dipasang betul-betul kukuh ya) .Selain memanfaatkan ruangan ini, dapur
juga tidak nampak berserabut kerana barangan ‘tersembunyi’ dan tidak
dapat dilihat dari luar.
2. Seperti juga di bahagian rumah lain, kabinet dengan sesekat (partition) seperti ini memang satu organizer terbaik. Letak barangan elektrik seperti ketuhar, pembakar roti, pengisar dan mixer anda di sini. Kemas dan mudah dicari.
3. Makanan dalam tin antara yang tricky untuk
disusun atur, dengan kabinet seperti ini, bukan sahaja anda boleh
menyusun makanan dalam tin anda dengan lebih banyak, malah ia lebih
terletak dengan stabil dan juga mudah dicari. Tak perlu lagi periksa
label tin satu persatu.
4. Label barangan
seperti serbuk minuman dan tepung yang disimpan dalam bekas. Selain
lebih mudah digapai, idea ini juga akan mengelakkan kekeliruan anda
ketika mencari bahan masakan. Perkara biasa jika anda keliru antara gula
dan garam bukan? Oh, dan juga pelbagai jenis tepung yang hampir
semuanya berwarna putih. Selain itu, simpan bahan-bahan ini dalam balang
lut sinar supaya mudah dilihat.
5. Tong sampah juga boleh ditempatkan dalam kabinet.
6. Bahan -bahan chemical mencuci
dapur boleh diletak di bawah bahagian sinki seperti ini. Kebanyakan
bahan-bahan ini memang tersedia dibungkus kilang dalam botol semburan (spray) . Pasang ampai besi dan gantung sahaja barang-barang ini di situ.
7. Buah-buahan dan sayur-sayuran
boleh juga disusun dalam bakul yang digantung mengikut turutan ke
mengak ke bawah seperti ini. Secara tidak langsung, ia boleh menjadi
perhiasan dapur juga.
8. Mungkin inilah sebabnya mengapa banyak peralatan memasak seperti kuali dan senduk mempunyai lubang kecil di hulu pemegangnya. Jadi ideanya, gantung barang-barang ini mengikut aturan dan saiz. Lebih baik lagi jika anda membeli perkakas ini dalam set atau warna yang sama.
9. Susun pinggan mangkuk dalam kabinet bertutup dan mempunyai pembahagian.
10 . Susun pisau-pisau anda dalam bekas pisau yang dikhaskan seperti ini. Selain tersusun,
mudah untuk anda mengambilnya kerana posisi hulu pisau yang berada di
atas .
nanti saya kongsikan macam mana saya praktikkan idea ini di rumah saya.. tunggu......
sumber
http://www.wanista.com/idea-dekorasi-10-idea-susun-atur-perkakas-dapur-anda/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan