PENGURUSAN PENYENGGARAAN

WARNA-WARNA KEHIDUPANKU

tip mendisiplinkan anak di rumah


Assalamualaikum wbt,


masalah rumah bersepah memang tidak dapat dielak sekiranya anda mempunyai anak2 kecil.  anak2 ini memang suka meneroka di samping 'mengemas' barang2.   mama dia orang susun tak cantik.. huhuhu.

bagi mereka yang mempunyai anak2 yang bersekolah pada sebelah pagi biasanya rumah agak kemas, tetapi sebaik sahaja mereka balik bermulalah kesepahannya.  manakan tidak, sampai aje muka pintu kasut sekolah dah dicampaknya bersekali dengan stoking.  lepas tu beg sekolah pun dicampak depan pintu.  masuk aje dalam bilik mereka baju sekolah yang telah dipakai berlongok kat lantai.  pening kepala dibuatnya.... boleh jadi tarzan la kalau hari2 macam tu...

salah satu cara nak mengurangkan kesepahan rumah adalah menyediakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua penghuni rumah (termasuklah husband kita).  berikut contoh peraturan yang saya tetapkan di rumah yang ditampal di dinding.






Peraturan Am

Ruang porch


1.                  Susun semula kasut selepas digunakan.  Letakkan kasut di rak kasut yang disediakan.

2.                  Dilarang membuang sampah di hadapan rumah.

3.                  Sekiranya makan dan minun di meja depan, kemas semula dan bawa ke sinki untuk dicuci.

Ruang tamu


1.                  Tidak digalakkan bermain di ruang tamu.

2.                  Pastikan ruang tamu sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.

3.                  Elakkan meletakkan cawan, kertas tisu dan sebagainya di atas meja.

4.                  Matikan suis lampu dan kipas jika tidak diperlukan
  
Ruang menonton


1.                  Elakkan makan di ruang menonton.

2.                  Matikan TV dan astro sekiranya tidak mahu menonton.

3.                  Susun semula kusyen dan sofa selepas menonton.

4.                  Dilarang menyelitkan sampah ke bawah sofa.

5.                  Buang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

6.                  Matikan suis lampu dan kipas jika tidak diperlukan.

Ruang makan

1.                  Selepas makan, bawa pinggan dan cawan ke sinki dan cuci.

2.                  Pastikan tiada sisa makanan di atas meja. Kalau ada bersihkan.

3.                  Susun semula kerusi selepas makan.

Bilik tidur


1.                  Sila kemas cadar, selimut dan bantal sebaik sahaja bangun dari tidur.

2.                  Masukkan baju kotor ke dalam bakul yang disediakan.

3.                  Susun buku semula selepas selesai belajar @ menyiapkan ‘homework’.

4.                  Simpan beg sekolah di dalam rak yang disediakan.




 ma




Peraturan di dalam tandas (ditampal di dalam tandas)


1.                  Sila toleh ke belakang sebelum keluar.

2.                  Pastikan tiada sisa najis tertinggal. Kalau ada ‘flush’ semula dan bersihkan gunakan berus 
             yang  disediakan

3.                  Angkat pelapik duduk.





Peraturan di dapur (ditampal di dinding depan sinki)


1.                  Sila cuci pinggan, mangkuk, sudu, cawan yang telah digunakan.

2.                  Jangan biarkan peralatan tersebut terbengkalai di dalam sinki.

3.                  Susun semula peralatan dalam rak yang disediakan.

4.                  Pastikan tiada sisa makanan di dalam sinki. Sekiranya ada ambil dan buang ke dalam plastik 
              sampah yang disediakan.



lepas tampal peraturan ini kita jangan lah mengharap anak2 kita terus ikut peraturan itu.  kita terapkan perlahan2. tak adalah budak2 ni rasa kita macam cikgu disiplin kat sekolah pulak... mula2 memang rasa susah juga tapi lama2 budak2 ni akan terbiasa dan sekali gus menyenangkan kita.  contohnya lepas makan, anak2 kita bawa pinggan ke sinki dan cuci. kurang sikit kerja mencuci pinggan.  kalau anak2 kita cuci tak bersih tak apa.  lepas mereka ke depan kita cuci semula.  janganlah mengharapkan kesempurnaan pada pertama kali cuba. (saya memang suruh anak2 cuci pinggan sendiri sejak umur 4 tahun lagi).  jangan marah kalau mereka terpecahkan pinggan semasa bawa ke dapur. bukan selalu pun.... (inilah masa nak beli baru hehe)

Walaupun kita nampak macam tegas, peraturan ini sebenarnya boleh mendidik disiplin anak2 kita, termasuklah kita dan pasangan kerana bila kita buat peraturan macam ni secara tidak langsung kita pun terikat dengannya.

cubalah tip ini...

sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan