bila bercerita pasal mengemas rumah, banyak yang mula mengeluh sebab tak cukup masa. Untuk ibu2 yang berkerjaya lagilah bertambah2 terutama sekali yang masih mempunyai anak2 kecil macam saya. iya la, bila balik aje rumah nak kena memasak, mendobi (nasib baik ada mesin), mengemas rumah dan melayan kerenah anak2 lagi. tension kadang2 dibuatnya. Oleh itu, kita sebenarnya kenalah merancang proses mengemas sama ada nak mula dari mana dan ikut keperluan semasa supaya ada jugak masa kita untuk melayan anak2 sambil jeling-jeling TV menegok berita dsb. disarankan juga kita buat jadul mengemas harian yang mungkin dapat mengurangkan beban kita.
Tahukah anda (amboi formal lah pulak) , ada bahagian rumah yang perlu dibersihkan setiap hari dan ada yang cuma perlu dikemas setahun sekali?
So, saya kongsikan di sini bahagian-bahagian rumah yang perlu dikemaskan atau dibersihkan dan bila perlu dibersihkannya. kalau nak senang lagi print dan tampal aje di pintu peti ais. tapi janganlah print saiz A3.. terkejut en hubby nanti bila balik rumah... kuang! kuang!
rutin setiap hari
- Sentalkan sinki dapur
- Sapu lantai dapur
- Buang sampah ke bahagian pembuangan sampah
- Kemas katil (ini buat sebaik sahaja bangun dari tido)
- Cuci dan jemur pakaian. Jika kering lipatkan dan simpan dalam almari
- Lap dan bersihkan tempat persediaan memasak. Contohnya meja atau countertop tempat potong bawang dan sayur.
rutin seminggu sekali
- Bersihkan bahagian dalam peti ais. Buang makanan yang sudah melebihi tarikh luput, sayur yang sudah tidak elok dan letakkan teh hijau untuk menyegarkan kembali bau dalam peti ai.
- Sental mangkuk tandas, baldi atau tempat tadahan air, air pancuran mandi, dinding dan sinki tandas.
- Lap dan kilatkan cermin yang ada di dalam rumah.
- Buang habuk pada perabot dan rak, dan lapkannya.
- Tukar cadar katil dan sarung bantal
- Vakum dan mop lantai keseluruhan rumah. Kalau tak ada vakum, sapu lantai pun memadai. tapi kalau dah sapu masih nampak kotoran melekat kat lantai secara automatik kena mop lah ye..
- Susun kembali bahagian yang berselerak. Contohnya sepanjang minggu mungkin buku dah berselerak, alat kosmetik pun dah berterabur di atas meja solek. Susun la semula supaya kemas.
rutin sebulan sekali
- Bersih dan cuci ketuhar, alatan memanggang atau oven. bergantung kepada kegunaan. kalau tersadai aje tak digunakan, tak perlulah lap dalam. lap aje bahagian luarnya.
- Lap dan bersihkan kipas siling atau kipas berdiri.
- Cuci bahagian dalam tong sampah yang diletakkan di dalam tandas.
- Bersih dan kemaskan bahagian dalam kereta. Lapkan habuk dan sembur pewangi. Buang kekotoran pada alas kaki dalam kereta. kalau malas hantar aje car wash...
- Kemaskan dapur; susun bahan makanan dan simpan mengikut kategori atau simpan dalam tempatnya kembali. (paling bagus labelkan setiap bekas. senang nak cari)
- Lap dan kilatkan tingkap dan pintu sliding.
rutin setahun sekali
- Sedut habuk pada tilam dengan penyedut hampagas. Kalau ada ruang, jemur di bawah sinaran matahari. (kena tengok tabiat anak2 jugak. kalau diorang rajin lompat2 kat tilam kena lebih kerap lagi vacum tilam tu)
- Kilatkan kembali periuk atau peralatan memasak. Susun dengan elok dan cantik.
- Kemaskan sepenuhnya ruang dapur. keluarkan semua stok makanan dan buang semua makanan yang telah luput tarikh. lap rak pinggan terutama bahagian bawahnya.
sumber rujukan http://dewi.my/kemas-rumah-apa-yang-perlu-dikemas-dan-bila/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan