4.1
PENGENALAN
Sistem sanitari merupakan sistem yang
merangkumi peralatan kebersihan dan sistem paip kebersihan di dalam sesebuah
bangunan. Mengikut peraturan bangunan 1985, sanitari merupakan pengumpulan air
basuhan dan bahan-bahan kotoran dari bangunan untuk tujuan penghapusan yang
terdiri daripada kelengkapan seperti paip saluran, ruang pemeriksaan dan tangki
penghapus. Di antara kepentingan sistem sanitari adalah:
a)
Untuk mengumpul dan mengalirkan sisa domestik seperti pepejal
dan air sisa.
b)
Untuk menghalang pencemaran bau dari sisa domestik.
c)
Untuk mengelakkan penyakit-berjangkit.
4.1.1
Jenis-jenis bahan
a)
Seramik
Seramik merupakan bahan yang popular dan banyak
digunakan pada peralatan sanitari seperti tandas duduk atau tandas cangkung,
besen basuh, urinal, sinki dan tab mandi. Seramik merupakan bahan yang diperbuat
daripada tanah liat. Kekuatan bahan bergantung kepada komposisi campuran tanah
liat dan suhu pembakarannya.
i)
Vitreous china
Mempunyai ciri-ciri kemasan yang baik. Biasanya berwarna putih dan banyak digunakan
untuk besen basuh. Kelemahannya ialah ia tidak boleh menerima hentakan yang
kuat dan mudah pecah.
Rajah 4.1: jenis vitreous china
ii) Stoneware
Ia diperbuat daripada tanah liat dan merupakan
bahan yang kalis serapan walaupun tidak dilapis dengan pengilat. Ia tahan lasak dari segi hentakan dan
penggunaan. Ia banyak digunakan untuk saluran, sinki dan urinal. Biasanya
dihasilkan dengan pelbagai warna.
Rajah 4.2: jenis stoneware
iii) Glazed
fireclay
Merupakan bahan yang mempunyai daya tahan yang
baik dari segi hentakan dan penggunaan. Ia banyak digunakan di sekolah dan
kilang kilang. Ia biasanya digunakan
pada peralatan sanitari seperti mangkuk tandas, sinki dan uninal
Rajah 4.2: jenis glazed fireclay
b) Besi pra tuang
Ia digunakan terutamanya untuk peralatan yang besar seperti tab mandi, yang akan menjadi terlalu berat jika diperbuat daripada seramik. Merupakan bahan yang kuat tetapi berat dan
boleh mempunyai sama ada putih
atau kemasan vitreous berwarna. Ia adalah bahan yang sangat murah yang juga digunakan secara meluas untuk sinki dan besen basuh. Oleh kerana kos yang tinggi,
penggunaannya adalah terhad kepada bangunan-bangunan
awam dan komersil bagi penggunaan jangkamasa yang lama.
Rajah 4.4: jenis besi pratuang
c) Keluli tahan karat
(stainless steel)
Banyak digunakan secara meluas
untuk pelbagai peralatan kebersihan termasuk mangkuk tandas,
urinal, besen basuh dan sinki dapur. Ia sangat popular kerana ia mempunyai sifat-sifat berikut:
i)
Cantik dan kemas
ii) Tidak mudah terhakis
iii) Tahan lasak
iv) tidak mempunyai permukaan kasar
v)
mudah dibersihkan
Rajah 4.5: keluli tahan karat
d) Plastik (Acrylic
plastic)
Dihasilkan dalam pelbagai warna,
ringan dan agak murah. mempunyai kemasan berkilat
yang keras dan mempunyai cantik.
Walau bagaimanapun ia tidak tahan apabila dikenakan
dengan air panas dan cenderung untuk
cair atau lembut.
Rajah 4.6: jenis plastik
e) Kaca
Bahan ini lebih mahal daripada plastik tetapi lebih
kukuh. Ia kelihatan licin dan biasanya
dikukuhkan dengan sejenis gel yang berkilat. Mempunyai warna yang pelbagai dan
cantik. Namun begitu ia tidak lasak
seperti mudah sumbing dan tidak tahan hentakan.
ianya banyak digunakan untuk besen basuh di rumah-rumah kediaman.
Rajah 4.7: jenis kaca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan